Detalhes

  • Última vez online: 4 dias atrás
  • Gênero: Feminino
  • Localização:
  • Contribution Points: 0 LV0
  • Papéis:
  • Data de Admissão: Julho 24, 2022
En of Love: TOSSARA thai drama review
Completados
En of Love: TOSSARA
0 pessoas acharam esta resenha útil
by addasmara
Set 26, 2022
4 of 4 episódios vistos
Completados
No geral 1.0
História 1.0
Atuação/Elenco 1.0
Musical 1.0
Voltar a ver 1.0
Esta resenha pode conter spoilers

Gun Tossakan is literally a walking RED FLAGS!

No. No. No. Just no! I found it harder for me to convey my feeling and what I want to say in English, I'll to give this review in my language.. Tiada perkara yang elok untuk diperkatakan mengenai drama ini selain daripada how creepy watak bernama Gun Tossakan. Seorang yang possessive; menganggap Bar seperti sebuah piala yang hanya layak menjadi miliknya sahaja sehingga menghalang Bar daripada melepak dengan kawan, dan berjauhan dengannya. Kau gila? Belum apa-apa dah mengawal serba-serbi. Bukan itu saja, kita boleh lihat bagaimana cerita ini memaksa kita menerima cinta seseorang itu hanya kerana lelaki itu sering memberikan kita hadiah walaupun lelaki itu kelihatan seperti seorang pemangsa, 4 episod yang penuh dengan bendera merah tetapi penulis cuba untuk menunjukkan yang semua itu adalah sesuatu yang comel dan normal.

Lakonan yang penuh dengan derita.
Dalam banyak-banyak pelakon BL baharu pada ketika itu, mereka memilih seorang yang terpaling kayu untuk mendukung watak utama. Pelakon Bar dan Gun sepertinya tiada kimia di antara mereka. Saya bersetuju dengan komen di atas, mereka seperti membenci satu sama lain di belakang set, dan cerita ini dihasilkan dengan penuh paksaan. Hasilnya, sebuah karya yang cringey dan tidak layak untuk dipertontonkan. Untuk melabel drama ini sebagai sampah adalah satu kejian terhadap sampah itu sendiri. Bayangkan! Berbalik kepada lakonan, mereka memaksa kita untuk melihat Gun sebagai seorang lelaki yang terpaling hensem, terpaling popular di universiti tetapi akibat kekayuan dan ketiadaan aura pelakonnya, segala itu hanyalah tinggal di dalam mimpi pengarahnya sahaja. Mungkin inilah sebab mengapa kesemua pelakon drama ini kembali ke dalam drama Love Mechanics 2022 tetapi tidak mereka berdua.

Mungkin salah saya kerana tidak membaca review sebelum menonton mana-mana drama terlebih dahulu (kerana saya tidak mahu bias berlaku kerana terpengaruh dengan review yang ditinggalkan). Tetapi kepada yang membacanya terlebih dahulu, sila jauhkan diri anda dengan drama ini.

Sekian, terima kasih.
Esta resenha foi útil para você?